Saturday, 2 June 2012

Setting email domain untuk send di GMail   

Dedicated to Author: DeKaN      Source : http://www.mywindowsxp.info/

Hello Everyone,

I found this computer tips from a blog and found it quite helpful. Hope this help. ^^

Ikuti langkah demi langkah yang mudah berikut:

1. Login ke akaun Gmail anda di http://mail.google.com

2. Klik pada ikon ‘Setting’. Ikon ni bentuk seperti gear tu. Kemudian klik ‘Settings’ seperti dalam gambarajah di bawah.



3. Klik pada tab ‘Accounts and Import’, dan pada row ‘Send mail as’, klik ‘Add another email address you own’.


4. Satu popup akan muncul. Masukkan nama anda dan email domain anda yang akan anda gunakan untuk menghantar melalui Gmail ini. Kemudian, klik ‘Next Step’.


 

5. Pilih opsyen sama ada untuk menggunakan SMTP Gmail atau server anda sendiri. Dekan cadangkan gunakan server GMail sahaja. Tandakan ‘Send through Gmail (easier to set up)’ dan klik ‘Next Step’.



6. Kemudian, klik ‘Send Verification’. Satu email akan dihantar kepada email domain anda untuk disahkan.



7. Buka email di domain anda dan baca email daripada Google. Kemudian, ada mempunyai dua opsyen.
i. Klik pada link yang diberikan Atau
ii. Masukkan kod seperti dalam email ke dalam popup tadi



8. Jika anda memilih untuk memasukkan kod, masukkannya ke dalam popup tadi, dan klik ‘Verify’.



9. Anda akan dibawa ke tab yang asal. Perhatikan email domain anda telah diwujudkan. Pastikan anda menanda ‘Reply from the same address the message was sent to’ sebelum klik ‘Save Setting’.




10. Akhir sekali, cuba anda ‘Compose’ email anda. Akan wujud satu opsyen From. Dan anda boleh pilih sama ada email GMail anda, mahupun email daripada domain lain anda.



Good Luck !

No comments:

Post a Comment